Tuesday, September 9, 2008

Mereka berjaya kerana kegigihan menggunakan aplikasi TUTOR

“Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My menyediakan banyak maklumat tambahan tentang subjek-subjek termasuk ribuan soalan latih tubi. Nota-notanya ringkas dan padat serta senang diingat. Soalan-soalan yang disediakan juga meliputi pelbagai topik/tajuk, termasuk ujian secara online. Ini banyak melatih pelajar-pelajar mahir dalam teknik-teknik menjawab sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan ”
Muhammad Faisal Bin MaarifSekolah Kebangsaan Jelutong, Pt Raja, Batu Pahat, Johor5A - UPSR 2007

“Saya sentiasa mencabar diri dengan soalan-soalan Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My menjelang UPSR. Paling mencabar ialah menaip untuk semua kertas 2. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat tempat pertama dan semuanya ini mendorong saya untuk lebih berusaha memperbaiki kesilapan serta berkeyakinan tinggi ketika menghadapi UPSR lalu. Matlamat saya untuk menjadi pelajar MRSM 2008. Saya percaya rakan-rakan semua bersetuju...Tutor Ada Cara ! ”
Mohamad Nor Aidil Bin Puzi Sekolah Kebangsaan Tasek Permai, Ampang, Selangor Darul Ehsan 5A - UPSR 2007

“Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My membantu saya mencapai kejayaan kerana saya berupaya untuk membuat banyak latihan dalam menjawab soalan dalam masa yang ditentukan. Soalan-soalan ujian dan peperiksaannya pula adalah setaraf dengan soalan-soalan dalam peperiksaan sebenar dan kadangkala lebih rumit. ”
Hisham Rashid Bin AminurrashidSar Seri Al-Ummah,Perak Darul Ridzuan 5A - UPSR 2007

Peperiksaan UPSR 2008

JOHOR BAHRU, Selasa
9 Sept 2008
Jam 7.45 pagi, calon-calon Peperiksaan UPSR mengambil tempat di Dataran SKBU2

Calon-calon ditempat di kawasan kantin untuk mendengar penerangan & pesanan terakhir

Sebahagian dari ibu-bapa yang hadir menemani anak-anak mereka

Inilah sekolah yang bakal menempa sejarah sekali lagi dengan pencapaian UPSR 5A terbanyak - insyallah

Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2

Monday, September 8, 2008

Kepada Anak-Anak Bangsa!

Aku tidak punya harta atau apa-apa. Aku hanya punya kekuatan dan semangat juang. Bangkitlah anak-anak bangsaku. Engkaulah penyambung semangat ini. Aku hadiah laman web ini kepada anak-anak bangsa-Ku.

Pasukan Bolasepak SKBU2

Pasukan Bolasepak SKBU2 yang unggul. Teruskan perjuangan - Majulah Sukan Untuk Negara!
SKBandar Uda 2 sekali lagi melahirkan calon 5A yang terbanyak antara sekolah kebangsaan Negeri Johor. Sebanyak 81 orang calon mendapat 5A dalam UPSR 2007 baru-baru ini. Selain itu, sebanyak 54 orang calon mencapai 4A. Peratus kelulusan ialah 93.9% dan gred purata sekolah ialah 1.52. Sekolah ini juga telah dianugerahkan sebagai sekolah SK Cemerlang dan Sekolah Cemerlang Negeri Johor oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Selain itu, Wan Shahira Bt Wan Adnan telah dianugerahkan calon UPSR terbaik Negeri Johor